Penjelasan Tabung Haji, Campurtangan Najib, Ugutan PDRM Terhadap Pembocor Maklumat, Bukti 1MDB Memang Bermasalah - 1 Malaysia Dalam Bahaya!

Penjelasan Tabung Haji.

Bila dibocorkan maklumat, CEO Tabung Haji nafi. Kemudian, UTURN. Mengaku pula. Kenapa nafi? Pada awalnya penafian di twitter. Kenapa UTURN? Tukar strategi selepas menyakini pembocor maklumat itu sebenarnya seseorang 'yang arif' dengan urusniaga tersebut.

Nafi untuk 'control damage'. Tapi unable to control the damage when Tabung Haji realise bukan Mahathir je bahkan beberapa pihak telah bersedia 'untuk dedahkan' perkara sebenar jika Tabung Haji memilih pendirian untuk 'kekal menafi'.

Tahu?

Sebab itu. Dalam masa beberapa jam, selepas nafi mereka mengaku sehingga CEO TH terpaksa minta maaf secara terbuka.

Ugutan PDRM terhadap RAKYAT MALAYSIA.

Kemudian. Tabung Haji membuat laporan polis. Dan PDRM pula membuka kertas siasatan under OSA. Kenapa ini meragukan?

Pertama. Siapa yang tentukan penyebaran dokumen berkenaan perlu disiasat dibawah OSA? Siapa? PDRM? Kenapa PDRM menetapkan begitu? Apa penanda aras atau ciri2 yang digunakan oleh PDRM bagi menyiasat kes berkenaan under OSA, APA DIA?

Kedua. Dokumen berkenaan sahih. Penjelasan mungkin ada yang tersasar dari maklumat yang terpapar satu dua di sana sini tetapi dokumen itu sahih.

Ketiga. Jika peranan polis digunakan kerana Tabung Haji rasa tercabar ada pihak yang mendedahkan maklumat syarikat, itu mungkin tak aneh.

Keempat. Namun PDRM digunakan untuk menyiasat individu berkenaan under OSA. Berapa ramai la sangat yang ada akses kepada maklumat tersebut. Hanya yang tertinggi dari 1MDB, Tabung Haji dan mereka2 yang keluar masuk mesyuarat dan prepare dokumen tue aje yang ada.

Orang luar takan tahu.

Kat situ 1MDB dan Tabung Haji boleh kecikkan skop dan singkir yang mereka anggap bermasalah. Tetapi kenapa nak libatkan OSA, kenapa? Kenapa nak anggap dokumen tersebut sebagai AKTA RAHSIA yang perlu DILINDUNGI pula? Bila TABUNG HAJI beli tanah berkenaan, lama kelamaan kita tetap tahu pemaju mana yang berperanan memajukan tanah-tanah berkenaan. Ianya tidak boleh dirahsiakan pun.

Pendek kata, OSA kat sini disalahgunakan dan PDRM pula diheret untuk menghalalkan akta OSA ke atas pembocor maklumat. Ia mungkin berperanan untuk menakutkan rakyat secara langsung dan memberikan amaran bahawa setiap tindakan kita yang membabitkan pembongkaran skandal 1MDB boleh mencetuskan 'akibat yang buruk'.

Selepas diasak bertubi2. Oleh ;

- Mahathir
- Khairy Jamaluddin
- UMNO pelbagai cawangan dan negeri
- Muhyiddin Yasin
- Shafie Afdal
- MAZA
- Muhkriz Mahathir
- PERKASA / Ibrahim Ali
- Pembangkang PAS, DAP dan PKR
- Penyimpan2 wang di Tabung Haji

Maka hari ini CEO Tabung Haji, Abdul Azeez mengadakan satu sidang khas bagi memberikan penjelasan penuh atas isu pembelian tanah dari 1MBD.

Ini point dia ;

1. Urusniaga itu tiada sebarang salahlaku
2. Tabung Haji akan jual tanah berkenaan
3. Semua pihak boleh berhenti marah dan tuding jari ke atas TH
4. Tanah berkenaan berkemungkinan dijual kepada orang bukan Islam
5. Cadangan pembelian tanah bermula seawal 2013
6. Dan sudah ada beberapa pembeli yang menawarkan minat 
7. Selepas dijual akan diumumkan kepada semua pihak menerusi satu sidang media susulan
8. Yang mengarahkan ianya dijual ialah Najib Razak
9. Ahli lembaga pengarah berpendirian TIDAK AKAN JUAL kerana ianya akan memberikan PULANGAN LUMAYAN SELEPAS DIMAJUKAN.

Oke. 

Najib arah jual.

Siapa Najib ini dalam Tabung Haji?
Apa hak dia untuk masuk campur?
Kenapa Azeez ikut nasihat dia?
Dari satu salah membawa kepada kesalahan lain, itu yang aku nampak sekarang.

1MDB beli tanah dari kerajaan dengan nilai yang sangat rendah. Betul-betul rendah. Dengan itu kerajaan 'hilang pendapatan' 25b dengan penjualan tersebut.

Tanah berpindah milik kepada 1MDB. Kemudian dijual kepada Tabung Haji. Dengan nilai berganda2 dari yang dibeli. Tapi still. Tabung Haji beli lebih rendah dari harga pasaran.

- 1MDB beli lebih rendah dari harga pasaran.
- TH beli pun lebih rendah dari harga pasaran.

LEBIH RENDAH DARI HARGA PASARAN. 

Ini ialah KEYWORD.

Aku marah. Kita marah. Tetapi sebenarnya jika dari sudut pelaburan, TABUNG HAJI belum tentu rugi.

Tanah yang dijual oleh 1MDB memang mahal. Dianggarkan 7,000 sekaki pada tahun 2013. Itu sebab Mahathir predict, kerajaan rugi 25 billion dari penjualan tersebut. Tapi at least 2 lot dari situ dah jadi TABUNG HAJI yang punya. Dan walaupun dibeli lebih mahal dari apa yang 1MDB dapat tetapi still 'ianya dibawah harga yang munasabah dibayar'.

Jika 1MDB bankrup, aset-aset 1MDB akan ditarik kepada PEMILIK LUAR NEGARA. WARGA ASING yang punya, tahu? Itu sebab dalam penulisan sebelumnya aku ada jelaskan, jualbeli ini ada PRO dan CONTRAnya. Kena tengok dari SEMUA SUDUT.

1MDB sekarang STRUGGLING. Untuk membayar HUTANG dan FAEDAH. Satu persatu asetnya boleh dicairkan jika memang itu jalan akhir yang dia ada. Pada aku, tiada masalah jika 1MDB mahu menjual tanah2 berkenaan atas alasan 'membayar hutang tinggi yang melampau selagi mana tanah-tanah berkenaan dijual-beli ikut harga pasaran'. Tetapi syarikat seperti Tabung Haji juga boleh menekan 1MDB dengan 'membangkitkan isu hutang' bagi mendapatkan tanah2 berkenaan dengan lebih murah berbanding harga pasaran. 

Dan jika aset-aset 1MDB berpindah milik kepada orang luar, kita akan lebih rugi lagi. Kita rugi tetap rugi tetapi apa yang kita boleh buat untuk kurangkan kerugian, ini yang kita perlu fikirkan.

Pada aku, tanah yang Tabung Haji beli, jangan dijual.

Majukan. Buatlah rumah mampu milik atau apa sahaja yang memberikan nilai positif kepada rakyat marhaen. Jangan buat keuntungan melampau, samada dapat balik modal yang dilaburkan atau anggap la ia sebagai pelaburan sosial untuk masyarakat awam.

Betulkan kesalahan mereka dengan membuat satu strategi win-win situation kepada rakyat Malaysia.

Dengan menjual tanah tersebut kepada 'pemilik bukan Islam' sudah tentulah orang Islam kehilangan 'privilege'. Apatah lagi jika pemiliknya orang Islam pun belum tentu orang Islam mendapat 'privilege'. Berapa banyak lagi melayu-melayu perlu dihalau ke ceruk-ceruk, hulu-hulu untuk hidup dan membiarkan bandar2 besar dikuasai oleh 'mereka2 yang bukan melayu' disebabkan melayu2 neh tiada WANG dan KEKAYAAN?

Memang apa yang TH buat ialah BAIL OUT 1MDB. Bukan nampak macam BAIL-OUT tetapi memang BAIL-OUT. TH mengaku sudah. CEO letak jawatan sudah. Amek tanggungjawab tak perlu konar baring sana sini. Meluat aku tengok haizh.

Walau bagaimanapun, TH dapat tanah. Itu yang paling penting. TH bagi duit kepada 1MDB supaya 1MDB boleh bayar hutang dan TH dapat tanah. Tanah itu memang bernilai mahal dan SEMAKIN MAHAL dari TAHUN ke TAHUN.

TH kena simpan untuk PELABURAN yang boleh memanfaatkan umat Islam di kemudian hari. Jual seperti arahan Najib, memang tak masuk akal. Ia seperti kita meleret2kan kesalahan yang sedia ada.

1MDB memang bermasalah.

Namun dalam sudut pandang yang lain, kita boleh nampak yang M1DB sangat bermasalah. Sebab itula mereka boleh terpaksa jual satu demi satu aset bagi mendapatkan modal untuk membayar hutang.

Jual aset ini lebih baik dari kerajaan salur 950 juta sebagai 'injection'.

Jika kerajaan salur duit terus-terusan yang rugi tetap kita sebab tidak mendapat sebarang hasil. Maka elokla 1MDB jual aset-aset penting mereka kepada pihak GLC dan kerajaan negeri supaya nanti mereka boleh memanfaatkan aset-aset tersebut untuk kepentingan rakyat. 

Aset-aset itu lebih baik jatuh kepada orang kita dari warga asing. 
Jika 1MDB bankrup aset itu akan berpindah milik ke warga asing.
Ini lebih membimbangkan sebenarnya.
Hutang dah tentu ada. Takan hilang dengan 1MDB yang bankrup. Dan aset-aset pula akan dinilai dengan lebih rendah dari harga pasaran disebabkan faktor 1MDB yang telah bankrupt.

Dan kerajaan pula pasti akan bertungkus lumus untuk membeli semula aset2 berkenaan supaya tak lagi menjadi milik orang luar terus-terusan.

Dan masa itula nanti firma asing akan meletakkan harga tinggi sesuka ahti kerana dia tahu kerajaan kita mesti nak beli nanti kerana ini ASET PENTING NEGARA. Seperti penjana-penjana elektrik tue hah.

Tanah-tanah di lokasi strategik pun boleh tahan juga 'kedaulatan dan kepentingannya' kepada negara kita.

Sebab tue walaupun marah dengan 1MDB yang SUPER KURANG AJAR kerana menyusahkan rakyat Malaysia apabila MEREKA RUGI dalam PELABURAN dengan menggunakan PINJAMAN berfaedah tinggi kita tetap kena berfikir menggunakal akal dan bukan ikut sentimen atau ikut-ikutan.

Apa-apahal, selamatkan aset2 penting dalam 1MDB. Benda itu mesti berbalik atau berpindah milik hanya dalam lingkungan rakyat Malaysia.

Kemudian, 1MDB perlu dibantu untuk memastikan mereka boleh membayar hutang2 berfaedah tinggi tanpa menyusahkan rakyat Malaysia. Ini je cara yang kita ada. Dok terhegeh2 kutuk pun tak selesai masalah apa kawan oi. 

Silap2 menambahkan masalah lagi ada. Almaklumla kerana 1MDB, 1 Malaysia dalam bahaya. Nilai ringgit jatuh, Najib punya angkara, tak pasal-pasal rakyat tanggung bala. Apa pun tak boleh.

Kbai.

SUMBER: http://ift.tt/1FbvkDq

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog