Gempa bumi: Semenanjung Malaysia masih selamat

 
Gegaran akan dirasai di semenanjung apabila berlakunya gempa bumi di Sumatera Indonesia.


sabah_gempa-bumi_600


PETALING JAYA: Pakar Kaji Bumi memberi jaminan gempa bumi tidak akan berlaku di Semenanjung Malaysia.

Bahkan, ia masih dianggap sebagai kawasan yang bebas dan selamat daripada ancaman bencana itu.
Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan, gegaran hanya dirasai di Semenanjung apabila berlaku gempa bumi di Sumatera, Indonesia.

“Di Semenanjung, apa yang ada hanyalah ‘tremor’ iaitu gegaran yang lebih rendah dari gempa bumi. Ia hanyalah bermagnitud dua hingga tiga sahaja,” ujarnya.

Ketika dihubungi FMT, beliau yang juga, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu turut menggesa supaya penduduk di Semenanjung tidak khuatir mengenai risiko gempa yang terjadi kerana ia tidak akan menjejaskan bangunan pencakar langit.

“Gegaran yang lebih kuat telah terjadi sebelum ini, seperti tsunami. Tetapi tidak ada satu bangunan pencakar langit di Semenanjung runtuh. Setiap bangunan tersebut telah dilengkapi dengan alat keselamatan yang tinggi bagi menangkis gegaran,” jelasnya lagi.

Ibrahim turut memperjelaskan bahawa gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah merupakan perkara biasa. Selain, ia bukan kejadian pertama yang berlaku di kawasan tersebut.

“Kejadian yang berlaku pada 5 Jun lalu bukannya kejadian pertama kerana gegaran yang sama pernah berlaku pada tahun 1976, 1991, dan tahun ini.

“Secara puratanya, gegaran yang berlaku ini terjadi pada setiap 25 hingga 30 tahun sekali,” katanya.



SUMBER: http://ift.tt/1IqVFLP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog