Fuh!!! Hari ni memang terasa lain macam keadaan cuaca. Berita hangat yang bertebaran didalam media hari ini sudah pasti mengenai isu gempa bumi sederhana yang berlaku di Negeri Sabah.
Gempa bumi yang dicatatkan berlaku pada 5.9 skala ricther menggegarkan penduduk - penduduk disekitar kawasan Kota Kinabalu dan turut dirasai dikawasan Marudu, Kudat dn Beaufort.
Tapi siapa sangka. Gegaran gempa bumi di Sabah itu juga turut dirasai di Kuala Lumpur. Atau dengan lebih tepatnya di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC) seawal pagi tadi.
Rasanya semua orang tau yang di PWTC hari ini bada program sesi dialog YAB Perdana Menteri bersama NGO anjuran SukaGuam. Tapi lewat jam 10 pagi tadi, program tersebut dibatalkan.
Tun Mahathir tiba seawal jam 9.30 pagi... |
Ianya ekoran arahan dari Ketua Polis Negara yang mendesak agar program tersebut dibatalkan atas alasan keselamatan serta keharmonian masyarakat serta untuk mengelakkan pertembungan.
Dan memang ternyata perkara itu dapat kita rasai jika kita berada didalam dewan Tun Hussien. Kalau tengok muka orang yang datang pun semuanya jenis macam nak makan orang.
Tapi, tak salahkan mereka yang hadir. Rata - rata yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung tu mahu mencari Kebenaran mengenai isu yang dianggap cukup serius iaitu 1MBD.
Kehadiran Tun Mahathir menambahkan lagi kehangatan didalam Dewan dengan gerombolan penyokong - penyokongnya dimana mereka juga mahukan penjelasan daripada Datuk Seri Najib.
Kecoh didepan pentas apabila Tun diarahkan untuk berhenti menyampaikan ucapan... |
Maka, atas nasihat daripada Ketua Polis Negara, pihak penganjur terpaksa menangguhkan sesi dialog tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Tapi dalam masa yang sama mereka beri kebenaran kepada Tun untuk berucap.
Disini berlakunya pertikaian apabila Tun dihalang oleh pihak Polis dari meneruskan ucapannya yang belum sampai 5 minit tu. Nampak sangat pihak penganjur sendiri pun dah kelam kabut
Sepatutnya, bagi mengelakkan kekecohan, pihak penganjur boleh bagi Tun masa, paling tidak 15 minit untuk berucap dan kemudian bersurai. Tapi tindakan drastik, menghantar pihak Polis tu yang menimbulkan kekecohan.
Maka kesimpulannya, lain kali kalau nak buat program tertutup, pastikan ianya tertutup. Jangan biarkan ianya terbuka pulak. Takut nanti bila dah terbuka, kita sendiri pun tak mampu nak halang benda luar yang masuk!!! Sekarang, lu orang tanggung la sendiri!!!
SUMBER: http://ift.tt/1KIoEeq
0 comments:
Post a Comment