Haduyai!!! Heran betul dengan perangai sesetengah pihak yang hidup di Malaysia ni. Kalau kita kata yang diorang ni tak bertamadun, diorang marah pulak. Tapi hakikatnya, kita sendiri boleh nilaikan.
Hari ini Negara digemparkan dengan kejadian Gempa Bumi yang terkuat dicatatkan di Sabah sejak tahun 1976 iaitu pada 5.9 skala Richter yang turut dirasai disekitar kawasan Kota Kinabalu.
Gempa bumi yang dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi mengejutkan penduduk - penduduk setempat dan turut mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh dikawasan sekitar.
Tapi yang peliknya, masih ada sesetengah pihak yang percaya kepada fahaman kuno dengan membuat anggapan bahawa gempa bumi itu berlaku akibat perbuatan tak senonoh yang dilakukan sebelum ini.
Semalam, kita dihebohkan dengan laporan berlakunya tidak senonoh dikalangan pengunjung - pengunjung Gunung Kinabalu yang bertindak membogelkan diri sewaktu mencapai puncak.
SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian. Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
Nah! Ekoran kejadian itu yang membuatkan ada dikalangan rakyat berpendapat, kejadian gempa bumi hari ini adalah balasan kepada tindakan tidak senonoh yang dilakukan sebelum ini.
Tapi, kita tak pelik la. Itu fahaman mereka masing - masing. Tinggal lagi, sebagai umat Islam, kita kena terima ianya sebagai Khifarah dari Allah S.W.T. Keadaan sekarang pun dah kacau bilau. Kalau ada yang masih tak sedar lagi, korang fikir sendiri la!!!
SUMBER: http://ift.tt/1KQN9cm
0 comments:
Post a Comment