Aktivis lapor polis minta siasat Dr M isu IC di Sabah

MALAYSIAKINI

 


Seorang aktivis politik dan penulis bebas di Sabah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan palsu di negeri ini.

Kanul Gindol berkata siasatan itu perlu dijalankan secara mendalam kerana sehingga kini siasatan hanya bergantung kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sahaja.

"Semasa dalam (siasatan) RCI, beliau (Tun Dr Mahathir) hanya berkata saya tidak tahu ... saya tidak terlibat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu semalam.

Kanul berkata, tindakan Dr Mahathir sejak kebelakangan ini sangat aktif dan mendakwa daripada gerak gerinya yang kumulatif menunjukkan beliau mempunyai motif.

Beliau berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap bekas perdana menteri itu.- Bernama




SUMBER: http://ift.tt/1UDcWoX

1 comments:

{ Vimax Canada } at: 14 September 2015 at 04:21 said...

semoga sukses selalu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog