Mengulas 3 Kenyataan Terbaru Rahman Dahlan Isu RM2.6 Bil Najib


Ada 3 kenyataan terbaru Rahman Dahlan yang ingin saya ulas sedikit...... sebab beliau adalah Pengarah Komunikasi Strategik BN.

1 - Dari themalaymailonline - Najib will survive any no-confidence vote
Rahman yakin yang sebarang Undi Tak Percaya terhadap Najib tidak akan berjaya kerana ahli2 Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan sokong Najib jika undi itu diusulkan.

Tak kisahlah samaada berjaya atau tidak, tapi ayat Rahman menunjukkan yang ia satu tindakan yang BOLEH dilakukan.... kan ? Ia tidak melanggar Perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai cubaan mengguling kerajaan .... kan ?

Kerana itulah yang cuba disogokkan oleh Menteri2 Umno kepada rakyat sejak akhir2 ini. Jika Rahman benar2 yakin kekuatan Najib, maka mohon Rahman nasihatkan rakan2 Menterinya supaya jangan lagi keluarkan kenyataan2 yang membodohkan diri dan kerajaan !

Jangan keluarkan lagi kenyataan2 yang memberi gambaran proses Undi Tak Percaya itu sebagai satu tindakan yang melanggar undang2 sedangkan Perlembagaan kita membenarkannya.

Jangan kelirukan rakyat.


2 - Juga dari themalaymailonline - Malaysia will run out of PMs if Najib quits over graft allegations

Rahman kata jika PM terpaksa meletak jawatan setiap kali timbul dakwaan yang belum dibuktikan, negara akan ketandusan calon PM.

Hadoooi... nasib baik Rahman tidak sebut di Persidangan IACC ayat di atas kalau tidak bertambah2 malu negara ! Para perwakilan pasti menggeleng2kan kepala ....

Para perwakilan IACC minta Najib letak jawatan itu adalah bersifat sementara sehingga siasatan selesai. Ini bagi memastikan kelancaran siasatan dan tidak timbul sebarang campurtangan eksekutif. Apatah lagi jika yang menjadi suspek yang disiasat itu merupakan orang yang berkuasa ke atas badan/pihak yang menyiasat.

Ini adalah amalan standard di serata dunia termasuk di negara kita. Cuma bila melibatkan Najib saja, amalan ini dikecualikan. Kenapa ?

Selepas didapati tidak bersalah dan nama dibersihkan, ambil semula lah jawatan tu ! 

Jenis dakwaan pun kena ambil kira jugalah ..... bukan semua dakwaan kena diambil serius. Ini dakwaan taraf rekod dunia ! Dan ia bukan soal berlaku atau tidak perbuatan itu kerana semua pihak sudah maklum ia berlaku ( transaksi RM2.6 bil yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ) tapi soal takrifan dana itu ..... adakah ia Rasuah dan melibatkan salahguna kuasa ?

Perletakan jawatan yang disebut oleh IACC itu bersifat sementara. Saya lupa siapa yang cakap, pemimpin itu bukan saja harus bersih tapi juga harus kelihatan bersih.


3 - Dari TMI , Menteri akui reputasi Putrajaya tercemar selepas persidangan anti rasuah

Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada 'mesin yang berjalan lancar.'

Huh ? Sedar tak Rahman kerosakan dari IACC dapat dielakkan dari hari pertama lagi sekiranya Najib TAMPIL di pentas antarabangsa itu bukannya lari menyorok diri !

Segalanya berkisar tentang Najib dan Najib tahu segalanya...... seharusnya Najib berada di atas pentas menjawab segala persoalan tentang masalah peribadinya.

Itu kalau Najib jenis yang bertanggungjawab dan jenis pemimpin yang tidak rela negara dimalukan angkara dirinya sendiri.

Kenapa Najib terus diam membisu dan langsung tidak memberi sebarang komen sepanjang 3 hari persidangan berlangsung ?

Malah, selepas mendengar kritikan2 pedas terhadap dirinya dan negara pada hari pertama persidangan, Najib seharusnya sudah tampil pada hari kedua untuk mempertahankan maruah dirinya dan negara. Tapi .... ?



'Serangan' apa yang dimaksudkan oleh Rahman ? Semuanya angkara Najib lah ! 

Sebab Najib mengelak dari mahu membuat pengakuan dan berselindung dibelakang kerajaan dan Umno, makanya isu ini jadi panas dan berpanjangan. 

Masalah berpunca dari Najib dan masalah bertambah besar dek penakutnya Najib untuk berdepan dengan rakyat.

Apakah kerajaan akan terus mendiamkan diri dan tidak mengendahkan kesemua kritikan memalukan yang dilemparkan oleh para perwakilan IACC terhadap Najib dan negara Malaysia ?

SUMBER: http://ift.tt/1N8WFaR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog