Main sentimen anti Malaya dan guna nama KM untuk peruntukan?


Gambar di atas muncul di sebuah blog BN Sarawak, http://ift.tt/1gF1U5d. Tuan punya bekas ahli PRS tapi lompat masuk parti Teras. Dikatakan rapat dengan anak Ketua Menteri Aziz TS Adenan.
Sebagai ahli parti Teras yang mahu masuk BN dan jadi formula lama BN plus, Audie melakukan sesuatu anih untuk membakar sentimen anti Malaya. Ini bercanggah dengan semangat BN dan sikap PM Dato Najib dalam merapatkan hubungan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Tan Seri Adenan Satem bukan anti Malaya. Setakat menimbulkan isu tuntutan royalti dan autonomi, ia dilakukan menurut semangat Perjanjian Malaysia dan lain-lain perjanjian, bukan atas dasar benci.

Sebagai ahli politik, tidak hairan dan orang Malaya pun tak kecil hati dia memainkan isu yang popular di Sarawak dalam menghadapi pilihanraya negeri. Tambah lagi, jika dia tidak main isu ini, pembangkang akan main.

Sampai masanya, isu ini akan ditangani menurut undang-undang dan bukan emosi. Maka tidak perlu Audie mainkan sentimen benci terhadap Malaya. Samada dia sedar atau tidak, dia sudah salahguna nama Adenan yang merupakan bapa kawan baiknya.

Bukan tak ingat apa dilakukan Audie yang mana dicurigakan sesetangah pihak bersekongkol dengan Sarawak Report untuk menyerang kepimpinan. Juga munculnya blog-blog seperti Sebana Ku yang berperanan menyerang pemimpin-pemimpin PBS yang mereka tidak gemari dan mahu dinaikkan pemimpin tertentu.

Entahlah siapa pula main game yang sama di http://ift.tt/1OJWx2G


Jika dulu dia antara yang terlibat membolot budget pilihanraya, adakah motifnya sama?Masaalahnya Teras dan selesai ke masuk BN????

SUMBER: http://ift.tt/1gF1U5f

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog