Cerita pecat kabo angin ajer... Jilake mana punya kerja


Tersebar satu mesej khabar angin belum sah mengatakan TS Muhyiddin, DS Shafee APdal, DS Mukhriz, DS Aziz Sheikh Fadzir, DS Ahmad Said, Dato Hamidah Osman, dam Dato Jumat Idris Sepangar Sabah akan dipecat pada MKT pada Sept 9hb.


Sampaikan Tan aziz Sri Gading merayu jangan dilakukan. Baca Cecah Gelegar SINI. 

Kami pun setuju ....


Mukhriz pula ada diumum tukar pada 5hb ... esuk.

Itu hak Sultan untuk terima dan Najib untuk cadang, bukan urusan orang bawah. Tapi nak bersuara teruskanlah.



Sebagai pandangan, Ahmad Lebai Sudin adalah paling tak sesuai. Tiga suku kedah tak suka dia. Yang suka hanya Mahfuz Omar sebab kasi pada dia kerusi Parlimen.

Dia jadi MB maka Mahfuz lah bakal Timbalan MB kikiki

Hairan kenapa hamlau ni tak mahu keluar PAS macam husam. Ke sana sini bersama Guan Eng dan Mat Sabu. Baca SEMUT HITAM SINI


Berikut penafian Dato Hishamuddin:

Pecat Timbalan, Naib Presiden 
UMNO khabar angin – Hisham

BATU PAHAT 3 Sept. – Pemecatan atau penggantungan keahlian UMNO melibatkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hanya khabar angin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada kepastian sama ada perkara itu akan dibincangkan atau tidak dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Rabu depan.

Malah menurut beliau, apa sahaja agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu sepatutnya dilakukan secara tertutup kerana melibatkan hal dalaman parti.

“Ia khabar angin, jika ada yang mahu terus percaya dengan perkara berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti dan kalau ada sekali pun (pemecatan) saya akan tahu kerana saya Naib Presiden parti.

“Perbincangan di khalayak ramai tidak akan membawa apa-apa perkara membina kerana di luar sana ada pihak yang setuju atau tidak akan memutar belit benda ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, banyak lagi perkara lain yang lebih besar perlu diberi perhatian dan dijadikan agenda dalam mesyuarat itu termasuk hal ekonomi negara, kestabilan dan keselamatan pertahanan.

- See more at: http://ift.tt/1LZ8OR1

SUMBER: http://ift.tt/1LZ8P7f

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog