Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tumpuan diberikan kepada penganjur dan individu yang sudah dikenal pasti termasuk ucapan dan tuduhan yang dilemparkan semasa perhimpunan haram itu.
Menurutnya, polis sebelum ini telah memanggil beberapa individu untuk dirakamkan keterangan dan tindakan itu dibuat bagi menyiasat beberapa kenyataan berbaur tuduhan untuk direkodkan seterusnya disiasat.
Tengah: Bertopi Mahahir sedang mengadakan (sidang akhbar) di perhimpunan haram anjuran Bersih 4.0 pada petang 30 hb.Ogos 2015 di Balai Seni,Kuala Lumpur. |
“Antaranya, kenyataan bahawa ketua bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita mahu tahu lebih lanjut justeru saya harap beliau beri kerjasama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Khalid turut menyelar tindakan peserta perhimpunan yang sengaja meniupkan api kemarahan dengan mengeksploitasi gambar pemimpin termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin parti pembangkang.
Mohamad Azmin Ali,Menteri Besar Selangor Darul Ehan. |
“Inikah budaya yang hendak dibawa oleh Bersih? Ini bukan budaya Malaysia. Saya dimaklumkan pihak penganjur ada pasukan yang mengawal tertib dan tingkah laku peserta tetapi ada pula video peserta memijak dan menonyoh gambar pemimpin.
“Inikah budaya yang akan dibawa pada masa depan dan saya menegaskan agar semua pihak jangan meniup api perkauman dalam setiap tindak-tanduk sehingga menaikkan kemarahan kaum lain.
“Jangan bawa budaya, sebab itu kita tidak mahu perhimpunan seperti ini dibuat di jalanan kerana ia dibuat mengikut sesuka hati masing-masing,” katanya.
Khalid juga mengingatkan yang polis sedang memburu individu yang memijak gambar pemimpin dan penganjur Bersih bertanggungjawab ke atas peserta yang sengaja meniupkan api perkauman.
“Perkara ini dapat dielakkan sekiranya perhimpunan dibuat secara tertutup dan kita boleh kawal serta memastikan perkara sebegini tidak berlaku. Semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan tersebut tidak akan terlepas daripada tindakan dan polis tidak akan berkompromi dengan pihak yang sengaja mencabar undang-undang.
“Kita akan guna semua peruntukan undang-undang yang ada. Semua yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” tegasnya.
Terdahulu, Khalid menghadiri majlis memperingati Hari Polis Marin ke-68 di Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Pelabuhan Klang dan menyampaikan surat penghargaan kepada 13 anggota pasukan keselamatan laut itu. Pada perkembangan lain, ujarnya,
Polis Marin bakal memperoleh 200 bot secara berperingkat untuk memperkasakan keselamatan di pantai timur Sabah.( Urtusan online-).Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ningal.blogspot.com. at 2.08 am on September 03.2015.
SUMBER: http://ift.tt/1iiK2hZ
0 comments:
Post a Comment