MESYUARAT HARI INI BUAT RAMAI YANG MEROYAN!!!

"Mesyuarat Biro Politik UMNO: Tiada Luar Biasa Berlaku". Demikian tajuk laporan yang disiarkan laman portal media MStar hari ini berhubung mesyuarat Biro Politik UMNO.

Sebelum ini, kecoh pengguna didalam laman media baru menyebarkan berita KONONnya mesyuarat yang diadakan hari ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu pengguguran beberapa orang pemimpin.

Diantara nama - nama yang disebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal (Naib Presiden), Datuk Seri Paduka Mukhir Mahathir (PMB Kedah).

Turut disebut - sebut nama mereka yang bakal digugurkan keahlian ialah Datuk Hamidah Osman (Ketua Wanita Gopeng) dan Datuk Seri Ahmad Said (Bekas Menteri Besar Terengganu).

Namun ternyata, dakwaan yang disebarkan hari ini adalah tidak benar belaka berdasarkan kepada laporan yang disiarkan melalui portal tersebut. Apa yang pasti, mereka yang sebarkan maklumat tudah tentu tengah 'Frust Menonggeng' sebab fitnah mereka tak berjaya!!!
PETALING JAYA: Krisis politik dalam Umno menyebabkan ramai memberikan perhatian terhadap mesyuarat Biro Politik Khas Umno di Pejabat Perdana Menteri pada pagi Isnin tetapi ia telah berakhir tanpa sesuatu yang luar biasa.

Menurut sumber, mesyuarat yang dihadiri Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu hanya membincangkan tentang perkembangan politik semasa.
"Ia adalah satu platform biasa bagi Biro Politik berbincang. Tidak ada yang khusus dan luar biasa berlaku. Ia adalah spekulasi pihak luar semata-mata," katanya selepas mesyuarat itu yang bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi.
Hadir sama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.


Sumber itu berkata, mesyuarat pada Isnin membincangkan tentang fokus Umno bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti, keadaan politik semasa dan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini.


SUMBER: http://ift.tt/1K1a57S

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog