Hanya mahu komen jika benar dipecat

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
 
 
KHALED NORDIN
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang tersebar mengenai tujuh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno akan dipecat termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, perkara itu masih tidak berlaku dan hanya akan mengeluarkan kenyataan sekiranya benar.

“Saya lebih suka ulas (perkara itu), kalau sudah berlaku, baru saya akan komen,” katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Prospektus Al-Salam Reit.

Beberapa hari lalu, tersebar khabar angin melalui aplikasi sosial WhatApps kononnya, pada 9 September depan akan berlangsung mesyuarat MT yang akan memutuskan nasib tujuh ahli Umno ini.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada jawatannya dalam parti.

Kelmarin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan perkara itu dan menyifatkan berita itu sebagai khabar angin.

Manakala, Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamed Aziz mengingatkan MT Umno agar tidak menggugurkan Muhyiddin dan Shafie jika tidak mahu parti berpecah belah.

Mengulas mengenai viral berita palsu berhubung kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Khaled berkata pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada penasihat undang-undang negeri Johor.

“Kerajaan negeri sudah buat pendirian kita sangat jelas bahawa tuanku tidak menyatakan sebegitu dan kita rujuk penasihat undang-undang negeri apa tindakan yang boleh diambil.

“Dalam pengetahuan saya, perkara itu sedang dikaji untuk mengesan siapa yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini, lapor sebuah portal bahawa Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan Umno berhenti memperdaya rakyat, walaupun sudah dinafikan, tetapi masih ada yang viralkan berita itu.




SUMBER: http://ift.tt/1JLv4tQ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog