Najib mesti jawab dakwaan terhadapnya sekali gus, kata timbalan menteri

THE MALAYSIAN INSIDER


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider.  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberikan jawapan terhadap dakwaan di sekelilingnya, termasuk berhubung wang derma AS$700 juta (RM2.6 bilion), secara sekali gus, bukannya "sedikit demi sedikit", kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
"Saya tidak tahu jika PM sedar atau tidak. Tetapi beliau perlu menjawab segala-galanya sekali gus dan bukannya bertindak balas dengan sedikit-demi sedikit," kata Nur Jazlan.

Beliau memberi contoh RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, dan bagaimana Najib hanya menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan perkara itu pada awal Julai.    Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dana itu merupakan "derma politik" daripada sumber Timur Tengah.
"Ia wang yang masuk ke dalam akaun peribadi, kemudian ia menjadi satu derma, kemudian ia datang dari Arab Saudi, dan kemudian, siapa dari Arab Saudi itu?
"Ia hanya mengundang lebih banyak soalan," beliau memberitahu The Star.
Beliau berkata, tanggapan yang Malaysia menghadapi krisis rasuah tidak akan wujud jika "semua isu ini boleh dikenal pasti dan dijawab sekali gus".
Tetapi, jawapan yang diberikan setakat ini mungkin tidak memuaskan, dan diburukkan lagi dengan hakikat yang ia melibatkan dakwaan salah laku, kata Nur Jazlan.
Katanya, jika isu itu masih tidak dapat diselesaikan, ahli Parlimen Barisan Nasional seperti dirinya akan sengsara pada pilihan raya umum akan datang.
"Majoriti di kawasan Parlimen saya sangat kecil dan saya mewakili kawasan bandar jadi saya sebenarnya boleh hilang kerusi.
"Bukan kerana prestasi saya sendiri, tetapi kerana isu ini masih tergantung dan kesannya boleh meluas.
"Pada mulanya ia terbatas kepada penduduk bandar, kemudian ia akan turun kepada penduduk luar bandar terutama di Semenanjung dan kemudian Sabah dan Sarawak. Kita tidak tahu."
Beliau berkata jika orang Melayu terus kekal berpecah dan jika mereka mengundi dalam keadaan marah, pilihan raya akan datang akan menyaksikan "satu senario yang berbeza".



SUMBER: http://ift.tt/1g3FlGW

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog