A AZIM IDRIS
Umno tidak boleh dihancurkan dari luar, Umno boleh dihancurkan dari dalam. Oleh itu, kita mesti mengukuhkan dalaman Umno itu sendiri dengan memberikan penjelasan yang tepat terhadap isu utama - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata dia yakin mesyuarat Majlis Tertinggi esok akan menghasilkan perkara yang positif.
Katanya, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijangka hadir meskipun digugurkan daripada Kabinet baru-baru ini.
“Tidak menjadi masalah, mereka masih Timbalan Presiden Umno, mereka masih Naib Presiden Umno.
“Begitu juga Datuk Hasan Malek (bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) yang telah digugurkan daripada Kabinet.
“Saya yakin mereka akan hadir esok.
“Kami sebagai satu keluarga Umno, kami tahulah bagaimana hendak menyelesaikan masalah kami dan saya yakin perkara yang baik saja akan berlaku esok, Insya’Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai Program Pemimpin Dasar Ekonomi di Malaysia yang membabitkan Temasek Foundation (TF) dan Singapore Enterprise (SCE).
Ahmad turut ditanya samada perasaan tidak puas hati di dalam parti dalam keadaan terkawal.
Beliau berkata, majoriti ahli Umno tidak kisah tidak seperti sebilangan kecil pemimpin yang perlu bertemu sendiri mereka secara peribadi untuk memberikan penjelasan mengenai isu semasa yang melanda parti.
Ahmad berkata, penjelasan diberikan kepada beberapa bahagian mengenai perkembangan terkini parti dan negara masih diteruskan oleh kepimpinan parti, sambil menambah dia sudah membuat penerangan kepada 17 bahagian di tujuh negara lebih seminggu lalu.
Katanya, tindakan itu turut dilakukan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Dalam mesyuarat Bahagian, kebanyakan mereka mempersoalkan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), selain (bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir Mohamad, kejatuhan nilai Ringgit, harga komoditi dan prospek ekonomi pada masa hadapan.
“Mereka turut bertanya mengenai Muhyiddin dan soalan lain yang kami terima secara terbukan dalam siri mesyuarat tertutup,” katanya, sambil menegaskan penjelasan penting bagi membolehkan ahli parti menyebarkan maklumat sebenar dalam media sosial.
Dalam nasihatnya kepada ahli bahagian, Ahmad berkata, mereka diminta setia, bersatu dan teguh dalam membantu parti.
“Ini penting kerana Umno tidak boleh dihancurkan dari luar, Umno boleh dihancurkan dari dalam. Oleh itu, kita mesti mengukuhkan dalaman Umno itu sendiri dengan memberikan penjelasan yang tepat terhadap isu utama,” katanya
SUMBER: http://ift.tt/1i9hojG
0 comments:
Post a Comment