Apakah Azmin Tak Malu Dan Meluat Ketika Gambar Najib Dan Hadi Awang Di Pijajk-Pijak?

Sebaliknya Azmin Rasa Malu Dan Meluat Lihat " Himpunan Rakyat Bersatu" Di Padang Merbok Anjuran "Baju Merah" berbangsa Melayu .

Lihatlah! Lautan manusia telah membanjiri Padang Merbok,di Kuala Lumpur, di hari perpaduan Melayu anajuran kumpulan"Baju Merah".Kelihatan  Datuk Seri Ali Rostam ( bekas Ketua Menteri,Melaka) sedanag memberi ucapannya  di dalam perhimpunan besar-bearan itu di Padang Merbok, pada tanggal 16 hb.September,2015.



Jumaat,Sepetember 18,2015 @ 6.13 am

Azmin bin Ali itu adalah nama orang Melayu,agamanya adalah Islam.Baju Merah yang adakan himpunan Rakyat Bersatu secara besar-besaran pada (16/09/2015) itu pun adalah orang Melayu yang beragama Islam juga.

Menerusi himpunan secara besar-besar yang diadakan oleh Gabungan Ngo-Ngo Malaysia,di bawah pimpinan Datuk Jamail Md.Yunus yang berpakaian"Baju Merah" itu. 

Motiufnya semata-mata nak memberi mesej atau pencerahan agar orang-orang di luar sana harus tahu dan sedar bahawa perpaduan Melayu itu masih perkasa dan utuh disamping mahu menyatakan sikap tegasnya terhadap parti-parti pembangkanag  termasuk juga pada Mahathir dan konco-konconya.

Mereka itu harus faham dan benar-benar mengerti sesungguhnya Gabungan Ngo-Ngo Malaysia yang berpakian "Baju merah"itu benar-benar mahu mempamerkan sikap dan kekuatan sikap untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu agar tetap memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia hingga tempoh 5 tahun PRU ke-13 itu usai.

Ertinya hingga satu pilihan Raya Umum yang baru yang akan diadakan nanti.Sekaligus Gabungan Ngo-Ngo Malaysia berpakaian "Baju Merah" mahukan Datuk Seri Najib dilihat terus memegang jawatan Presiden Parti Umno hingga pemilihan parti Umno yang akan datang mengikut salauran demokrasi Malaysia.

Mahathir dan konco-konconya dan parti DAP/PKR dan Badan Ngo Bersih harus faham bahawa himpunan Melayau "Baju Merah' itu mahu menegaskan kepada mereka itu bahawa parti PKR/DAP/ Ngo BERSIH/ Mahathir Mohamad dan konco-konconya itu,langsung tak ada hak nak desak Datuk Seri Najib (DSN) letak apa-apa sahaja jawatan yang sedang disandang oleh Datuk Seri Najib itu?


Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR
Baik dari jawatan Perdana Menteri Malaysia sekaligus sebagai jawatan Presiden Parti Umno. 

DAP/PKR/ Bersih /Mahathir dan konco-konconya di dapati sering mendesaknya sebelum dan pada hari himpunan haram bersih:4 pada tanggal 29 dan 30 hb.Ogos,2015 baru-baru ini agar Datuk Seri Najib segerea berundur.

Jawapan dari Gabungan Ngo-Ngo Malaysia dan rakyat umumnya. Tidak ada kerperluan apa-apa yang mnegharuskan  Datuk Sri Najib harus berundur? Setakat ini tidak ada langsung sebarang Mahkamah Keadilan Malaysia yang telah mensabitkan bahawa beliau didapati bersalah?

Uuntuk perhatian rakyat Malaysia yang berada di seluruh ceruk rantau tanah air, bahawa Ngo Bersih ini didapati telah mengadakan demonstrasi jalanan di sekitar kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur ialah, sebanyak 4 kali dah termasuk pada demonstrasi pada tanggal 29 dan 30 hb.Ogos 2015 iaitu (02) hari lagi menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia  yang jauth pada tangal (31hb.Ogos 2015).

Himpunan yang paling besar ialah himpunan yang bertarikh 29 dan 30 hb.Ogos 2015 iaitu 2 hari lagi menjelang tibanya hari keramat iaitu pada tarikh 31 hb.Ogos 2015 di mana di hari itu adalah  merupakan hari yang paling bersejarah pada seluruh rakyat Malaysia menyambut hari "Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, pada 31 hb.Ogos 1957.
Depan:Dua dari kanan,Datuk Jamal Mohd Yunus, Pengurusi Gabungan Gabungan Ngo-Ngo Malaysia berpakian "Baju Merah"
Kini dah bertukar dengan nama Malaysia setelah Sabah/Sarawak/Singapura  menyertai Malaysia pada 16 hb..September 1963.Kemudiannya Singapura ditendanag keluar dari Malaysia.

Sesungguhnya semua pihak dan rakyat Malaysia jadi begitu marah dengan sikap Bersih:4 itu kerana mereka tetap nak mengadakan demonstrasi jalanan mereka itu walaupun hanya 2 hari lagi sebelum tiba hari Kemerdekaan Malaysia.

Mereka nak mengadakan demonstrasi mereka itu juga di kawasan sekitar Dataran Merdeka,di mana setiap tahun bila kerajaan menyambut ketibaan hari kemerdekan tanah air dan majlis sambutannya itu setiap tahun diadakan di Dataran Merdeka.

Kerana di Dataran Merdeka-lah tempatanya Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah memasyhurkan secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dapat kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British.

Kita semua maklum bahawa segala persiapan untuk menyambut ketibaan hari kemerdekan tanah air itu? Maka segala  persediaan kerja-kerjanya paling cepat  (01) minggu sebelumnya, barulah selesai segala  kerja-kerja persediaan itu.

Sedangkan Bersih: 4 berdegil juga nak mengadakan demonstrasi jalanannya pada 29 dan 30
hb.Ogos 2015 di sekitaran kawasan Bandar Raya , di Dataran Merdeka.

Sikap Beresih ini ditafsirkan semacam mereka tidak mahu mengakui tanggal 31hb.Ogos 2015 itu merupakan hari kemerekana negara kita lepas bebas dari cengkaman penjajah  Britisah dulu. Jika tidak? Kenapa Bersih tidak sanggup mengadakan demonstrasi itu di Padang Bola Bukit Jalil dan sebagainya atau pun di tarikh yang lain selepas Majlis Sambutan Hari Merdeka itu selesai?

Segala alasan yang telah diberikan oleh pihak Bandar Raya,Wilayah Persekutuan,dilihat langsung tidak mahu dihiraukan oleh penganjur Bersih:4 atas alasan demokrasi. Kononnya mereka itu bebas mengadakan di mana aje dan pada bila-bila masa aje? .

Sikap degil ini telah  menjengkelkan oleh banyak pihak dan kerajaan. Mereka dari Bersih ini dilihat kononnya semacam berada di above the law?

Pihak bandar raya tidak membenarkannya Bersih: 4 mengadakan demonstrasi itu di kawasan perbandaran di bawah kuasa Pihak Bandar Raya.Oleh itu polis pun tidak dapat mengeluarkan permit demonstrasi akibat tidak di tentukan tempat-tempat yang  tertentu di mana demonstrasi itu hendak dilakukan.

Pun begitu Bersih:4 terus juga mengadakan demonstrasi jalanan mereka walau pun polis telah haramkan.Perhimpunan Bersih:4 kali ini menurut tafsiran Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR yang menyokong kuat perjuangan badan Ngo Bersih itu dengan riak mengatakan demonstrasi ke 4 anjuran Bersih itu kali ini sangat hebat.

Ia,merupakan satu demonstrasi yang sangat besar sambutannya dari penyokong-penyokong parti-parti pembngkang dan motifnya ialah untuk mendesak agar Najib harus letak jawatan dan kononnya selagi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Menuurt Azmin Ali?Keadaan ekonomi dan kejatuhan "mata wang" negara juga semacam tak dapat di atasi dan dipulihkan? Nada cakap-cakap Azmin Ali ini dilihat sealiran dengan cakap-cakap Mahathir Mohamad.


Mahathir  pun mulai bulan February 2015 hingga kini turut sama  menyanyikan  irama dan lagu yang sama? Beliau beriya-iya mahukan Najib berundur segera.

Berdasarkan gambar-yang telah di siarkan oleh portal bloger media sosial pro-pembangkang. Dengan nada bangga lagi sombong mereka telah mentaksirkan sekitar 60,000 para peserta telah hadir ke ibu Kota Kuala Lumpur , pada 29 dan 30hb.Ogos 2015 itu.Ada yang mengatakan lebih 100,000 orang yang telah menyertai demonstrasi haram itu.

Bila dilihat pihak pengurus Bersih:4 tidak mahu  mengubah tempat dan tarikh  demostrasi itu diadakan? Maka rakyat dan banyak tokoh-tokoh politik tanah air DAN juga tokoh-tokoh SENI BUDAYA MELAYAU di tanah air Malaysia ini jadi berang dengan sikap angkuh dan degil Bersih:4 itu.

Datuk Jamal,Pengerusi  Badan Gabungan Ngo-Ngo Malaysia,dari kumpulan "Berbaju Merah" pun nak turut serta mengadakan demonstrasi yang sama,di tempat-tempat di mana Bersih:4 nak mengadakan demonstrasi itu?


Demi untuk menjaga ketenteraman dan keamananan negara. Pihak polis  telah menasihatkan kumpulan "Baju merah" menangguhkan ura-ura itu dan telah dipersetujui oleh kumpulan ngo "Baju Merah".

Pada tangal 16 hb.September  2015 ialah " Hari Malaysia"iaitu di hari genap sudah tahun ke-52 Sabah dan Serawak menyertai Malaysia.Bersempena dengan hari yang bersejarah itu. Maka Gabungan Ngo-Ngo Malaysia yang berpakai "Baju Merah" mengambil keputusan nak menyambutnya di Padang Merbok,di Kuala Lumpr,secara besar-besaran.

Pihak Bandar Raya didapati telah memebenarkan Padang Merbok digunakan dan pihak polis telah memberi permitnya kebenarannya..

Azmin Ali dan konco-konconya  di pihak pembangkanag dari PKR/DP/Bersih semacam tidak menjangka dan menduga bahawa  demonstrasi "Baju Merah" yang diadakan pada 16 hb.September  2015 itu dapat sambutan? 

Sekaligus berjaya pula mengumpulkan lautan manusia dengan semangat yang membara berkumpul di Padang Merbok,Kuala Lumpur itu.( lihat gambar atas) di bawah tajuk tulisan ini.


Itupun hanya dari sebahaghian sahaja para penyokong di seluruh Malaysia didapati telah membanjiri Padang Merbok, pada petang, tanggal 16/09/2015 itu? Syukur Alhamdullilah!

Parti PKR/DAP/Bersih tidak menduga bahawa pada masa yang begitu singkat kumpulan "Baju Merah" berjaya mengumpulkan lautan manusia berkumpul di Padang Merbok,di Kuala Lumpur, untuk mempamerkan kekuatan berdiri teguh di belakanag Datuk Seri Najib Tun Razak,sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang sangat mereka sayanagi.

Disamping itu  kumpulan"Baju Merah" telah memberi amaran pada musuh-musuh politik Datuk Seri Najib jangan diganggu gugat. M ereka mahu Datuk Seri Najib juga kekal sebagai Presdien parti Umno hingga ke satu perhimpunan agung Umno di adakan di masa hadapan mengikut lunas-lnas demokrasi.Bukan cara desak un dur-undur macam lagu nyanyian kumpulan reformasi tajaan Anwar Ib rahim dulu. 

Jangan ada PIHAK yang berani mengganggu gugat jawatan-jawatan yang sedang disandang oleh Datuk Seri Najib, di dalam kerajaan dan juga di dalam parti Umno itu sendiri.

Melihat kehebatan  kekuatan kumpulan ngo "Baju Merah" secara kilat dapat menggembeling sokong secara besar-besaran tampil ke depan berada di belakang Datuk Seri Najib itu?

Pihak-pihak parti pembangbkang dilihat jadi gelabah dan panik.Azmin Ali secara kilat telah membuat ulasannya di dalam portal-poratl media sosial pro-pembangkag.Disamping mendakwa himpunan "Baju Merah" kononya nak menyemarakkan faham perkauamna pada para penduduk yang berbilamng kaum di Malaysia.

AZMIN MALU DAN MELUAT

Azmin kononnya rasa malu dan meluat dengan perhimpunan kumpulan "Baju Merah",di Kuala Lumpur, semalam anjuran Badan Gabungan Ngo-Ngo Malaysia  yang dipengerusikan oleh Datuk Jamal Md.Yunus, pada (16/09/2015) 

Azmin Ali itu? Adalah susuk individu yang mana asal usulnya adalah bangsa Melayu ?Tetapi secara terus terang tanpa malu dan tanpa segan Azmin Ali menyatakan kononnya beliau rasa malu dan meluat melihat himpunan besar-besaran yang telah dianjurkan oleh orang Melayu di dalam kumpulan "Baju Merah" itu. 

Kita telah maklum bahawa demonstrasi Bersih: 4 yang diharamkan oleh polis itu di mana para peserta demonstrasi itu dengan nyata didominasi oleh kaum Cina sebesar 95%itu dilihat telah mempamerkan satu kejadian yang amat buruk telah berlaku? 

Di mana ada beberapa gadis muda Cina yang menjadi dan terlibat sebagai para peserta demonstrasi itu .Didapat secara terangan-terangan teah memijk-mijak dan melanyak-lanyak gambar muka hidung Datuk Seri Najib dan gambar muka hidungTuan Guru Hadi Awang secara biadab dan benar-benar kurang ajar.

Kenapa?kenapa?kenapa? Azmin Ali selaku pemimpin politik Melayu yang menanag PRU ke-13 di kawasan Parlimen Gombak dan sebagai ADUN di Bukit Antara Bngsa,di kaweqasan majoriti penduduiknya Melayu?

Di dapati Azmin Ali selaku ahli Parlimen Gombak dan ADUN kawsan Bukit Antara Bangsa dilihat secara muka toya mengambil sikap berdim diri dan membisukan lidahnya? Diam aje dan langsung tidak kutuk perbutan yang biadab dan kurang ajar itu yang mana telah dilakukan oleh konco-konconya dari kaum Cina?


Dah lupakah Azmin Ali bahawa Tuan Guru Hadi Awang-lah yang mencadangakan namanyha dan menyokong Azmin diangkat jadi Menteri Besar, Selangor, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim berbanding dengan Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,sebagai Presiden parti PKR?

Kenapa Azmin didapati telah melebihkan pucuk dari pelepahnya? Azmin langung tak kutuk dan bidas Bersih:4 yang dilihat sengaja membiarkan  perbuatan yang kurang ajar dan biadab itu berlalu? 

Kenapa Azmin Ali diam membisu,lidah jadi terkelu dan tak mampu nak kata bahawa beliau selaku Menteri Besar Selangor dan sebagai Timbalan Presiden PKR yang telah menang pada PRU ke-13 ( 05 hb.May 2013) dulu itu? Rasa sedih dan lantas kutuk sekeras-keranya perbuatan memijik-mijak gambar muka hidung Datuk Seri Najib dan Hadi Awang itu di dalam perhimpunan haram itu?

APAKAH Azmin Ali dah ambil keputusan nak keluar dari jadi bangsa Melayu degan cara melebihkan pucuk dari pelepah itu?

Kalau begitu rancangannya Azmin? Silakan dan segera tukar nama anda yang tercatit di dalam surat lahir dan di dalam Kad Pengenalan anda itu dengan nama yang tidak berunsurkan nama Melayu? 

Bangsa Melayu Malaysia yang cintakan Tanah Melayu ini? Sama sekali tidak rasa apa-apa atas kehilangan akibat  pemergian anda itu? Pemergian anda tidak rasa kekurangan dan adanya anda tidak rasa kelebihan.Malah beruntung pula.

Seterusnya,dalam kenyataan Azmin Ali di portal media sosial pro-pembang itu beliau dilihat ada memajukan pertanyaannya yang berbunyi."Adakah himpunan "Baju Merah" itu "idea terbaik" Umno kembalikan maruah Melayu?".

Bila Azmin bertanya begitu? Ertinya Azmin Ali berpendapat bahawa himpunan "Baju Merah"anjuran Gabungan NgoNgo Malaysia itu kononnya tidak terbaik? Demonstrasi anjura Ngoi Beresih itu aje terbaik buat Azmin?

Untuk itu,penulis nak tanya pada Azmin Ali.Adakah demonstrasi Ngo Bersih itu dianggap Azmin idea terbaik? Azmin Ali harus sedar. Umumnya tak ada seorang pun rakyat Malaysia yang waras fikranya? Yang ada mengatakana himpunan Bersih:4 yang didominasi 95% oleh kaum Cina itu dan disokong pula oleh PKR/DAP kononnya satu tindakan yang baik?

Untuk pengetahuan Azmin Ali,berdasarkan kajian yag penulis buat? Penceraha politik gaya Ngo Bersih dan disokong pula PKR/DAP itu? Hasilnya? Rata-rata rakyat Melayu jadi semakin benci,meluat,dan naik mual.

Benci,mual apabila melihat gadis Cina yang masih remaja yang menjadi para peserta himpunan Bersih :4 itu melakukan tindakan yang  kurang ajar,biadab dengan memijak-mijak,melanyak-layak gambar muka hidung pemimpin Melayu yang sangat dihormati oleh bangsa Melayu.

Bangsa Melayu sama sekali tidak dapat menerima perbuatan menghina yang telah dilakukan oleh peserta -peserta himpunan Beresih:4 itu ke atas Datuk Seri Najib dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu dengan cara memijak-mijak gambar mereka di khalayak ramai.Perbuatan itu boleh dikategorikan perbuatan yang sangat melampau batas.Mencabar kesabaran hati bangsa Melayu.

Kenapa Azmin diam aje dan ttiak beri nasihat pada mereka yang kurang ajar dan biadab itu?Pemimpin politik Melayu jenis apakah kamu ini? Pemimpin Melayu yang dsayus ke?

Sesungguhnya,perbuatan kurang ajar yang telkah berlaku di dalam himpunan harm Bersih:4 itu oleh bebereapa gadis Cina yang jadi peserta demonstrasi itu? 

Tidak dapat diterima dan tidak dapat dimaafkan oleh orang-orang Melayu yang bermaruah. Azmin Ali mesti faham benar-benar dan janganlah masih nak bertanding di dalam PRU ke-14 itu di kawasan di mana majoritinya adalah pengundi-pengundi Melayu. Kami meluat dan mual lihat muka anda. Posted by abnmulya  /Hj.Bakar Ninggal. blog spot.com at  6.13 am on September 18,2015.


SUMBER: http://ift.tt/1PbbdFZ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog