Tiada garis panduan khusus untuk media atas talian, kata menteri



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata tidak akan mewujudkan garis panduan khusus bagi media atas talian, dalam langkah yang dilihat lebih lembut berbanding cadangan asal untuk mengetatkan undang-undang Internet. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata tidak akan mewujudkan garis panduan khusus bagi media atas talian, dalam langkah yang dilihat lebih lembut berbanding cadangan asal untuk mengetatkan undang-undang Internet. – Gambar fail The Malaysian Insider.      Kementerian komunikasi dan multimedia tidak akan mewujudkan garis panduan khusus bagi media atas talian, dalam langkah yang dilihat lebih lembut berbanding cadangan asal untuk mengetatkan undang-undang Internet.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana pengamal media atas talian sudah sedia maklum undang-undang tertentu melibatkan mereka.
"Tidak ada garis panduan yang khusus bagi media portal.

"Ini kerana saya rasa semua media baik media cetak ataupun portal-portal berita memahami terdapat undang-undang tertentu yang mengawal selia operasi mereka," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara emel baru-baru ini.     Tambahnya, apa yang penting bagi kementerian, pengamal media sentiasa telus dalam membuat pemberitaan dengan penuh etika kewartawanan.
"Apa yang penting, media portal yang lebih berani dari segi pendekatan kewartawanan mereka tidak menyalahgunakan kebebasan akhbar yang sedia ada.
"Mereka harus menjaga kredibiliti dan integriti profesion mereka," katanya yang sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan dijadikan menteri selepas rombakan Kabinet pada Julai.
Sebaik sahaja memegang jawatan menteri penerangan dan komunikasi yang baharu, Salleh berkata portal berita mungkin perlu berdaftar dengan kerajaan.
Menjawab soalan The Malaysian Insider, Salleh memberi jaminan kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengambil langkah menyekat portal berita tanpa sebarang sebab kukuh.
Katanya sekatan terhadap laman sesawang Sarawak Report adalah disebabkan mereka menyebarkan berita yang “tidak berasas dan palsu”.
"Saya ingin memberi jaminan di sini. Takrif keadaan tertentu yang saya maksudkan juga bergantung kepada sesuatu keadaan yang wujud pada sesuatu masa tertentu.
"Seperti tindakan yang kita ambil terhadap laman web Sarawak Report. Ia dilakukan kerana mereka menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan banyak berita yang tidak benar atau tidak berasas mengenai apa yang berlaku dalam negara ini,” katanya.
Menurut Salleh, Sarawak Report sengaja mengeluarkan laporan berniat jahat seperti berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tujuan mereka berbuat demikian adalah jelas, iaitu mahu menggugat kestabilan sosio-ekonomi dalam negara kita. Ini kita tidak boleh benarkan," kata menteri Umno yang berasal dari Sabah itu.
Julai lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses ke laman sesawang pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu.
Mengakui industri media di Malaysia hari ini sudah cukup matang, Salleh berkata, media atas talian kini lebih mendapat sambutan berbanding media arus perdana meskipun masih baru dalam industri tersebut.
"Media online kita seperti portal-portal berita walaupun muncul hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini kini sudah pun mencapai kadar pembaca yang tinggi.
"Malah jauh lebih tinggi berbanding media tradisional atau media arus perdana," kata Salleh.
Meskipun begitu, katanya adalah tidak sesuai untuk membandingkan tahap kematangan media di Malaysia dengan media barat.
"Ini kerana negara-negara yang sedang membangun melalui proses pembangunan yang berbeza dengan negara maju khususnya di barat," katanya.
Menurut Salleh, dari segi kematangan media terutamanya media yang dinaungi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil langkah pro-aktif dan bertepatan dengan kehendak semasa dan menjurus ke arah urus tadbir lebih telus.
Salleh merujuk kepada keterbukaan RTM yang kini menyiarkan siaran langsung sepenuhnya sesi sidang Dewan Rakyat malah menyiarkan hujah ahli Parlimen pembangkang.
"Dalam hal ini, kerajaan komited untuk memberi peluang kapada rakyat bagi mengikuti tanpa sebarang sekatan perbahasan di Parlimen.
"Ini pada saya merupakan satu amalan sihat dan amat positif selaras dengan status Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen," katanya.
Salleh juga berkata, Putrajaya tidak berniat untuk menyekat akses kepada maklumat atas talian akan tetapi hanya mahu memastikan maklumat disebarkan tidak mengelirukan sesiapa.
“Kita juga perlu mempertahankan majoriti rakyat Malaysia yang menggunakan Internet dengan sebab betul dan mewujudkan ruang siber yang selamat dan boleh dipercayai.
“Ini agar rakyat Malaysia boleh terus mendapatkan manfaat daripada penggunaan Internet,” katanya.


SUMBER: http://ift.tt/1VedcLk

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog