Khairuddin ditahan polis sebelum bertemu FBI

Wartawan Sinar Harian
 
 
Polis tahan suami Umi Aida
Laman Facebook Umie Aida yang memaparkan kenyataan suaminya.

BANGKOK - THAILAND. Bekas ahli Umno, Khairuddin Abu Hassan ditahan pihak berkuasa semalam atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan.

Memetik laporan dari portal antarabangsa, New York Times, Khairuddin ditahan sebelum sempat bertemu dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menggesa badan siasatan Amerika Syarikat (AS) itu untuk menggesa siasatan terperinci dilakukan ke atas dana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pertemuan tersebut dikatakan diatur oleh Kedutaan AS di negara ini.

Khairuddin dikatakan berulang alik antara Eropah dan Asia dalam usaha meyakinkan pihak berkuasa luar untuk melakukan siasatan ke atas perdana menteri.

Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekaligus mengaitkan pemimpin ngara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh kerajaan Malaysia.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan suami Umi Aida ]

Dalam satu temu bual, Khairuddin dipetik sebagai berkata bahawa dia merancang untuk mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan penggubahan wang haram kepada pegawai FBI.

"Saya percaya pihak berkuasa AS ada rekod pergerakan wang," kata Khairuddin.

Khairuddin bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Peguam Khairuddin, Matthias Chang ketika dihubungi berkata, Khairuddin dijangka bertemu dengan pegawai FBI pada Isnin depan.

Menurut Chang, penahanan yang dibuat ke atas Khairuddin datang dari arahan Ibu Pejabat Polis.

"Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa untuk menghalang laporan ini dari yang difailkan di Amerika Syarikat.

"Tak munasabah untuk mengatakan tindakannya akan melemahkan demokrasi," kata Chang.




SUMBER: http://ift.tt/1QNEfMT

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog