Portal tak diundang ke sidang media berkaitan Muhyiddin

MALAYSIAKINI

 


Umno Kelana Jaya menjelaskan pihaknya memang tidak menjemput portal berita termasuk Malaysiakini menghadiri sidang medianya berkaitan isu politik semasa semalam.

Ketuanya Datuk Yusoff Haniff berkata langkah itu diambil kerana tidak mahu timbul permasalahan lain selain mendakwa portal berita sering memutar belit kenyataan, lapor BNBBC News.

Portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu juga melaporkan Yusoff sebagai berkata hanya beberapa agensi media diundang ke sidang media itu.

“Untuk apa kita nak bagi Malaysiakini masuk ke program kita kalau mereka akan sentiasa 'spin’ laporan berita kita dan tak akan laporkan berita yang telus?

“Sejak bila media-media itu berlari untuk kejar berita Umno ini, mereka beriya datang ke program kita, mungkin juga mereka ada agenda yang kita tak tahu?” soalnya ketika dihubungi BNBBC News.

BNBBC News melaporkan bahawa sidang media itu berkaitan permintaan bahagian supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal tidak dipecat daripada parti seperti diuar-uarkan.

Diminta tunggu dulu

Malaysiakini semalam melaporkan Umno bahagian itu menghalang wartawan portal berita untuk menghadiri sidang medianya semalam.

Alasan diberikan hanya Utusan Malaysia, Kosmo! dan Sinar Harian diundang selain seorang petugas di pejabat Umno berkenaan mempersoalkan bagaimana portal berita tahu tentang acara itu.

Bagaimanapun, sebelum itu, petugas media diarah menunggu sehingga mereka selesai bermesyuarat terlebih dahulu sebelum dipanggil ke sidang media.

Wartawan portal berita hanya dimaklumkan perkara berkenaan setelah berada di tempat sidang media tersebut.

Petugas di pejabat berkenaan memaklumkan bahawa satu sidang media bersama portal berita akan diadakan pada masa akan datang sekiranya sebuah portal mesra Umno, Mysuara turut hadir.

Antara wartawan portal berita yang hadir pada sidang media tersebut adalah Malaysiakini, Malaysia Gazette dan Free Malaysia Today.




SUMBER: http://ift.tt/1FuRUSo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog