Bina kerjasama DAP-Amanah-PKR di negeri lain, jangan ganggu kerusi PAS Selangor

 Oleh Azizul Osman 
 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman menggesa agar DAP dan Parti Amanah supaya tidak mengganggu kerusi PAS di Selangor dengan membuat pakatan lain bagi kedua-dua parti berkenaan di negeri-negeri lain.

"Syarat tidak berlaku tiga penjuru mudah sahaja, jangan bertanding di kerusi PAS. Tidak bertanding maka tidak akan berlaku. Kita ada 13 negeri dalam Malaysia, 222 parlimen, negeri yang Pakatan Rakyat menang ini baru tiga negeri.

"Kenapa hendak tumpu kepada yang ini (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang) pergilah ke Johor, bentuk kerajaan GHB (Amanah) di Johor yang terdiri daripada GHB, DAP, PKR, silakan. Bentuk kerajaan GHB-DAP-PKR di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kenapa hendak tumpu di Selangor?” katanya di Program Bicara Harakah anjuran MyBazaar Harakah di sini sebentar tadi.

Katanya, niat Amanah untuk bertanding di negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa Amanah cuba untuk menghancurkan PAS dengan menarik ahli-ahli parti berkenaan menyertai Amanah dan bukannya ahli Umno-BN yang menjadi musuh tradisional pembangkang.

"Kalau matlamat dia (Amanah) adalah untuk menumbangkan Umno-BN maka secara terbuka jangan bertanding di Selangor. Itu sahaja. Kita kena terus terang. Kerusi kita (Selangor) baru 56 kerusi, PAS bertanding baru 20 kerusi, kenapa nak tumpu yang 20 kerusi itu, tidak ambik kerusi lain," ujar Khairuddin.

“Sudah ada kata-kata bahawa (parti ini ditubuhkan) untuk menghancurkan PAS. Hendak kerjasama di Selangor kita hendak kerjasama menentang Umno tapi dalam masa yang sama berkata kita akan bertanding di kerusi PAS, ini logik apa?” 

Sebelum ini, Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras memberi amaran kepada Amanah supaya tidak lagi mempengaruhi ahli mereka untuk diserap ke dalam Amanah biarpun parti itu mengamalkan konsep demokrasi dan terbuka.

Sehingga kini tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN di Selangor sah keluar parti bagi menyertai Amanah, iaitu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin.

Sementara itu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula mengumumkan menyertai PKR, Jumaat lalu.



SUMBER: http://ift.tt/1Kd5zlx

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog