Isyarat tidak baik menanti Muhyiddin – Shahbudin

 
Kemungkinan Muhyiddin Yassin dipecat atau digantung keahlian hampir pasti berlaku bagi menjaga kedudukan Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.


muhyiddin-najib

PETALING JAYA: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat Biro Politik UMNO sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada Rabu merupakan perkara yang pelik dan luar biasa.

Bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, kebiasaannya hanya Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin yang dipengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat sebelum bermulanya MT.

Katanya, dengan tindakan Najib mengambil alih peranan biasa yang dilakukan Timbalan Presiden UMNO itu adalah isyarat tidak baik menanti Muhyiddin.

“Kebarangkalian untuk beliau dan pemimpin UMNO yang lain seperti Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir serta beberapa lagi untuk terlepas daripada sebarang hukuman berat adalah amat tipis sekali.

“Bagi Muhyiddin, kemungkinan paling besar ialah sama ada dipecat atau pun digantung keahlian yang menyebabkannya hilang kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO,” tulisnya

Menulis menerusi shahudindotcom.blogspot, dia berkata ada khabar agin mengatakan hanya amaran keras sahaja atau tunjuk sebab akan dikenakan kepada Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang lain pada 9 September ini.

Katanya, tindakan memberi amaran dan tunjuk sebab kepada Muhyiddin sukar dilakukan Presiden UMNO kerana ia akan membawa kesan buruk kepada kedudukan Najib.

“Tindakan memberi amaran, tunjuk sebab atau dilepaskan begitu saja kepada Muhyiddin hampir mustahil pula daripada berlaku memandangkan ia akan lebih menyusahkan kedudukan Najib sendiri,” katanya.



SUMBER: http://ift.tt/1ityWGY

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog